Tiada pemain 'lebih besar' dari kelab

Kylian Mbappe. - Foto AFP
Kylian Mbappe. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Luis Enrique berharap Paris Saint-Germain (PSG) dapat mencari penyelesaian kepada pertikaian dengan Kylian Mbappe, sambil menyatakan kelab Ligue 1 Perancis itu mempunyai pengalaman terdahulu dalam menyelesaikan masalah kontrak dengan bintang Perancis tersebut.

Hubungan antara Mbappe dan PSG tegang sejak penyerang Perancis itu menyatakan hasrat tidak memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada penghujung musim 2023-24, menyaksikan dia boleh meninggalkan Paris dengan percuma.

Namun Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan juara Perancis itu tidak akan melepaskannya secara percuma selepas kelab tersebut membelanjakan 180 juta euro untuk menandatanganinya, dengan penyerang berkenaan dilaporkan dibekukan daripada skuad utama juara Ligue 1 itu.

Ini bukan kali pertama PSG dan Mbappe terlibat dalam kebuntuan kontrak, kerana sebelum pemain tersebut pernah menolak penyambungan kontrak bersama PSG berikutan tawaran dari gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Ditanya mengenai Mbappe menjelang perlawanan pembukaan musim di tempat sendiri menentang Lorient pada Sabtu ini, Enrique memberitahu pemberita: “Ia adalah subjek yang pernah kami temui sebelum ini dan penyelesaian ditemui antara kelab dan pemain.

“Itulah yang saya ingin lihat. Falsafah kelab ini sangat jelas: bahawa kelab itu mengatasi segalanya dan saya berkongsi 100 peratus itu.”

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!