Ribuan rakyat Kedah rai ulang tahun kelahiran PM

Anwar (tengah) memotong pulut kuning bersempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-76 pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Taman Hidayah,Hutan Kampung, di sini.
Anwar (tengah) memotong pulut kuning bersempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-76 pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Taman Hidayah,Hutan Kampung, di sini.
A
A
A

ALOR SETAR - Ribuan penyokong Kedah tidak melepaskan peluang meraikan ulang tahun hari kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-76, pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir dan Selamat Panjang Umur kepada Anwar sambil diikuti penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Anwar yang juga Pengerusi PH kemudiannya memotong pulut kuning disediakan khas untuk beliau pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Taman Hidayah, Hutan Kampung, di sini.

Ahli Parlimen Tambun itu hadir lebih kurang jam 9 malam seterusnya menyampaikan ceramah kepada penyokong.

Selepas ceramah di Hutan Kampung, Anwar bergerak ke Gurun dan Sungai Petani untuk Ceramah Jelajah Perpaduan Madani.

Pada Khamis, Anwar menyambut Ulang tahun kelahiran beliau yang ke-76 dan berita gembira itu turut dikongsikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akaun Instagram.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!