PRN: Kedah, Kelantan umum Ahad cuti peristiwa

Muhammad Sanusi, Ahmad
Muhammad Sanusi, Ahmad
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi satu kenyataan akhbar pada jam 10.30 malam Jumaat.

Kenyataan itu memaklumkan, rakyat Kedah akan diberikan cuti rehat (peristiwa) selepas selesai hari mengundi pada Sabtu sekiranya PN terus diberikan mandat menerajui Kedah.

Tempoh 14 hari berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula pada hari penamaan calon, 29 Julai akan tamat pada jam 11.59 malam Jumaat.

Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan terutamanya ketika hari pengundian pada Sabtu, di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Komposisi DUN Kedah sebelum dibubarkan menyaksikan PN menguasai 21 kerusi DUN dengan 15 kerusi milik Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebanyak enam kerusi.

PH pula beroleh 11 kerusi menerusi PKR (lima), Parti Amanah Negara (empat), serta DAP (dua).

BN pula memiliki dua kerusi yang kini bergabung bersama PH membentuk Kerajaan Perpaduan manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memiliki dua kerusi, namun tidak menyertai PRN kali ini.

Artikel Berkaitan:

Terdapat seramai 1,585,085 daftar pemilih bagi PRN Kedah dengan sejumlah 104,284 pengundi berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Sementara itu, di KELANTAN, kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad sebagai Hari Kelepasan Am bagi negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia diberikan sempena PRN pada esok.

"Pengisytiharan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!