Anak muda jangan sia-siakan tanggungjawab pilih pemimpin

Golongan anak muda diingatkan supaya tidak mensia-siakan tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.
Golongan anak muda diingatkan supaya tidak mensia-siakan tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan anak muda diingatkan supaya tidak mensia-siakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata, ia berikutan pengundi muda merupakan golongan majoriti dan berperanan sebagai penentu kepada kemenangan calon dan parti yang bertanding dalam PRN kali ini.

“Apabila kita memprotes untuk tidak keluar mengundi dan sebagainya, kerajaan yang dipilih itu adalah bukan kerajaan yang boleh membantu kita (belia).

“Jadi memboikot itu bukan cara yang baik dan betul kerana kerajaan yang kita nak pilih ini adalah kerajaan untuk (mentadbir) lima tahun.

“Mengundi ini bukan setahun sekali tetapi lima tahun sekali. Jadi kesan daripada kita tidak melaksanakan tanggungjawab ini, akhirnya kita akan menanggung akibat untuk lima tahun,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, adalah satu kerugian besar kepada negara sekiranya golongan anak muda enggan keluar mengundi dalam PRN kali ini.

Ulasnya, selaku kuasa pemutus dalam PRN, inilah masa untuk anak muda bersama-sama memilih pimpinan negeri yang mampu membawa kesejahteraan buat negeri, mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Serentak dengan semangat kemerdekaan, PKPIM menyeru seluruh anak muda bagi menyemarak semangat patriotisme dengan keluar mengundi sebagai penzahiran rasa cinta pada negara dan negeri,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!