Azwan Ali antara paling awal hadir ke pusat undi

Azwan hadir pada jam 7.10 pagi di pusat pengundian bagi DUN Hulu Klang di Sekolah Kebangsaan Klang Gate pada Sabtu.
Azwan hadir pada jam 7.10 pagi di pusat pengundian bagi DUN Hulu Klang di Sekolah Kebangsaan Klang Gate pada Sabtu.
A
A
A
HULU KELANG - [DIKEMAS KINI] Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA menjadi individu pertama yang hadir ke pusat pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang di Sekolah Kebangsaan Klang Gate pada Sabtu.

Azwan hadir pada jam 7.10 pagi walaupun kesemua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dijadual dibuka serentak bermula jam 8 pagi.

DUN Hulu Kelang menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga abang kepada Azwan akan menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohamed Azmin pada PRU14 lalu bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dan menang kerusi itu atas tiket PKR sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kerusi DUN Hulu Kelang sebelum ini ditandingi Amanah yang bertukar kerusi DUN Batu Tiga dengan PKR.
Artikel Berkaitan:


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib dari Amanah mewakili PH.

Saari memperoleh majoriti 15,349 undi selepas meraih 25, 746 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Ahmad (10,397) undi dan calon Pas, Farhan Kamalul Hysham (7,573) undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!