Rakyat Selangor diseru keluar undi awal - Amirudin

Amirudin ketika mengundi bagi DUN N16 Sungai Tua sempena Pilihan Raya Negeri di SJK (C) Selayang Baru pada Sabtu.- Foto Bernama
Amirudin ketika mengundi bagi DUN N16 Sungai Tua sempena Pilihan Raya Negeri di SJK (C) Selayang Baru pada Sabtu.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Selangor diseru untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan kesesakan beratur panjang dan cuaca tidak mengizinkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

"Saya seru semua rakyat Selangor ambil kesempatan menunaikan tanggungjawab mengundi lebih awal kerana nampaknya sudah ada yang turun beramai-ramai untuk mengundi, di samping saya bimbang cuaca tidak mengizinkan (pada sebelah petang nanti)," katanya.

Amirudin yang juga calon DUN Sungai Tua berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi dengan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad di SJK (C) Selayang Baru bagi kerusi DUN Sungai Templer, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

PRN Selangor menyaksikan seramai 138 calon dari pelbagai parti politik berentap bagi merebut 58 kerusi DUN yang dipertandingkan. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!