Pemuda OKU antara terawal hadir mengundi

Zikrillah memasuki SK Panji bersama ibunya untuk membuang undi.
Zikrillah memasuki SK Panji bersama ibunya untuk membuang undi.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda orang kurang upaya (OKU), Zikrillah Zairul Akmar antara individu terawal menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada Sabtu.

Zikrillah yang dihantar ibunya, Anne Suhaida Abdul Rashid, 50, dilihat menunggu kira-kira jam 7.40 pagi di pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Panji di sini, menjadi pengundi ketiga di saluran satu.

"Kami keluar awal dan mahu jadi pengundi terawal kerana ada beberapa ahli keluarga yang mengundi di tempat berbeza," katanya.

Zikrillah ketika ditemui berkata, kehadirannya mengundi kerana ingin melihat perubahan pembangunan negeri Kelantan.

"Sudah semestinya saya mahu melihat Kelantan lebih maju pada masa depan," katanya.

Anne Suhaida menunggu Zikrilllah yang membuang undi di SK Panji pada Sabtu.
Anne Suhaida menunggu Zikrilllah yang membuang undi di SK Panji pada Sabtu.

Anak sulung daripada dua beradik itu mengalami kecacatan pada lutut ketika berusia enam tahun.

Zikrillah mengundi bersendirian di sekolah itu kerana ahli keluarga lain menjalankan tanggungjawab di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji.

Artikel Berkaitan:

Dalam PRN kali ini, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pachor, Nik Mohd Amar Abdullah dari Pas ditentang calon dari Pakatan Harapan (PH) yang juga saudaranya, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!