Calon tolak kerusi roda isteri ke pusat mengundi raih perhatian

Mohd Kamri (kiri) bersama Suzana hadir ke pusat mengundi di SMK Seri Keramat pada Sabtu.
Mohd Kamri (kiri) bersama Suzana hadir ke pusat mengundi di SMK Seri Keramat pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin yang dilihat menolak kerusi roda isterinya meraih perhatian pengundi yang hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Isteri beliau, Suzana Shaharuddin, 52, yang disahkan menghidap kanser jarang berlaku iaitu gastrointestinal stromal tumor (GIST) tahap empat perlu berkerusi roda.

"Saya sudah menghadapi banyak pilihan raya, hari ini pertama kali saya menjadi calon.

"Setibanya di sini, saya lihat pengundian berjalan lancar dan cuaca baik, saya mengharapkan ramai pengundi dapat keluar menunaikan tanggungjawab mereka," katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat pada Sabtu.

Sementara itu, Suzana yang turut mengundi di sekolah sama terharu dan bersemangat apabila diberi peluang mengundi walaupun mempunyai masalah kesihatan yang kurang memberangsangkan.

Menurut bekas Penyelaras DUN Bukit Antarabangsa itu, keadaan tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan terus menjadi penyokong kuat suaminya.

"Syukur saya dan dua anak masih berkesempatan membantu suami dan turun bersama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!