Wajah vloger wanita disedut sotong kurita

Sotong kurita menyedut kuat wajah mangsa yang ingin memakan haiwan itu hidup-hidup.
Sotong kurita menyedut kuat wajah mangsa yang ingin memakan haiwan itu hidup-hidup.
A
A
A

KETERUJAAN vloger wanita dari Lianyungang, China, untuk makan seekor sotong kurita yang masih hidup sambil merakamkannya secara langsung bertukar ngeri apabila haiwan itu menyedut wajahnya.

Menerusi video berdurasi 50 saat yang tular di laman sosial, bahagian bibir, pipi dan mata wanita dikenali sebagai ‘seaside girl Little Seven’ disedut ketika dia cuba menyuakan ‘makanan istimewa’ itu ke dalam mulutnya.

Pada awal rakaman, wanita itu sempat memberitahu betapa kuatnya sedutan sotong tersebut, namun tidak lama kemudian dia mula menjerit kesakitan apabila ia enggan melepaskan wajahnya.

“Ia sangat menyakitkan. Saya tidak boleh melepaskan gigitannya,” jeritnya sambil berusaha menarik sotong itu dari wajahnya.

Selepas berjaya melepaskan sotong itu dari wajahnya, dia memberitahu akan makan sotong berkenaan pada video lain.

Sejak dua minggu lalu, seaside girl Little Seven merakamkan dirinya makan pelbagai makanan laut dimasak termasuk udang kara dan udang galah di saluran siaran langsung miliknya.

Bagaimanapun, video terbaharunya itu tular dan menjadi topik bualan pengguna platform media sosial di China. - Metro UK

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!