PRN: Jumlah keluar undi bawah 50 peratus setakat 12 tengah hari
SHAH ALAM - Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri setakat jam 12 tengah hari adalah di bawah 50 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan berkata, Terengganu setakat ini tertinggi dengan 42 peratus diikuti Kedah (41 peratus) dan Pulau Pinang (38 (peratus).
“Bagi Selangor pula 36 peratus, Negeri Sembilan 35 peratus dan Kelantan 34 peratus.
“Sementara itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu jumlah keluar mengundi sebanyak 35 peratus,” katanya pada Sabtu.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!