PRN: 50 peratus keluar mengundi di Terengganu

Pengundi muda (dari kanan) Nor Shafika Sajidah Zulkifle, 21, Nurul Syafiqah Mohd, 28, Nur Aisya Amni Mahadi, 22, Nurfariha Arisya Abd Razak, 21, dan Nur Amirah Amni Mahadi ceria selepas menunaikan tanggungjawab dengan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Separuh daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar di Terengganu telah melaksanakan tanggungjawab itu setakat jam 1 petang apabila peratusan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 50 peratus.

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi di lima negeri lain pula dalam lingkungan 40 peratus.

Kedah dengan 49 peratus, Pulau Pinang (46 peratus), Selangor (44 peratus), Negeri Sembilan (42 peratus) dan Kelantan (40 peratus).

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 1 petang adalah 47 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula jam 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!