Hasrat warga emas mengundi tak kesampaian

Mangsa berusia 83 tahun hanya sempat mencelup jarinya ke dalam dakwat sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemencheh. - Gambar fail
Mangsa berusia 83 tahun hanya sempat mencelup jarinya ke dalam dakwat sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemencheh. - Gambar fail
A
A
A

TAMPIN - [DIKEMAS KINI] Hasrat seorang wanita warga emas menunaikan tanggungjawab mengundi tidak kesampaian apabila tiba-tiba rebah di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rokan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 83 tahun sempat mencelup jarinya ke dalam dakwat namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemencheh.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah hadir ke sekolah berkenaan untuk mengundi bersama ahli keluarganya.

"Namun semasa di saluran satu selepas mencelup jari dalam dakwat, wanita terbabit tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Pihak keluarga kemudiannya telah membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh. Ketika di klinik itu, dia masih sedarkan diri namun paras oksigen didapati semakin menurun,"katanya dalam kenyataan pada media pada Sabtu.

Menurutnya, pembantu pegawai perubatan klinik telah memberi bantuan pernafasan kepada mangsa namun dia tidak berjaya untuk diselamatkan.

Ujarnya, sebelum kejadian berkenaan, mangsa ada mengadu kepada keluarga yang dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

"Namun ketika di pusat mengundi itu, mangsa telah berjalan kaki ke saluran satu.

Artikel Berkaitan:

"DIfahamkan berdasarkan rekod perubatannya, mangsa adalah pesakit darah tinggi," katanya.

Anuwal berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Calon PH didakwa langgar peraturan

Hasrat warga emas mengundi tak kesampaian

Kecoh peti undi tidak diikat

PRN Kedah: Terkejut tak dapat mengundi, nama telah digunakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!