PRN: Mahfuz tiba lewat mengundi

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar (kiri) dan isteri, Datin Ruswati Jaafar menunjukkan jari mereka yang berdakwat selepas mengundi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di Hutan Kampung,di sini, pada Sabtu.
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar (kiri) dan isteri, Datin Ruswati Jaafar menunjukkan jari mereka yang berdakwat selepas mengundi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di Hutan Kampung,di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar menjadi antara calon terakhir yang membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, pada Sabtu.

Mahfuz yang juga Pengerusi PH Kedah tiba di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di Hutan Kampung, di sini, pada jam 2 petang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Menurut Mahfuz, dia kebiasaannya membuang undi lebih awal bersama isterinya, Datin Ruswati Jaafar, 63, di pusat mengundi seperti mana calon bertanding lain.

Bagaimanapun, Mahfuz memaklumkan, beliau membuang undi lebih lewat kali ini disebabkan ingin meninjau proses pengundian di DUN Alor Mengkudu terlebih dulu.

"Saya ambil kesempatan untuk pusing ke sebahagian daripada tempat mengundi di DUN Alor Mengkudu sebab kali ini saya bertanding di luar daripada tempat kebiasaan.

"Jikalau dulu, saya bertanding di Parlimen Pokok Sena maka saya mengundi di sini (Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin). Saya keluar mengundi dahulu, barulah saya berjalan ke tempat pembuangan undi," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita ketika ditemui di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, di sini, pada Sabtu.

Mahfuz berkata, beliau mendapati proses pengundian berjalan lancar dengan sebahagian pengundi di DUN Alor Mengkudu selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan pengundi keluar mengundi di kawasan DUN terbabit pada sebelah pagi didapati agak rendah.

"(Pada) pemerhatian saya secara keseluruhannya agak perlahan proses pengundi untuk keluar tetapi apabila (berada) di sini, saya nampak macam belah petang ini masih masih agak ramai. Mungkin sebahagian besar tu mengambil keputusan untuk keluar sebelah sebelah petang

"Macam saya pun ambil keputusan untuk keluar petang dengan menjangka orang tidak begitu ramai (pada waktu petang). Tetapi pagi tadi, agak perlahan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang belum keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi.

"Siapa pilihan kita, parti apa pilihan,mana calon pilihan kita itu terserah. Tetapi jangan abaikan dan sia-siakan tanggungjawab kita sebagai pengundi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mahfuz berkata, pihaknya berkeyakinan sudah memiliki 17 kerusi DUN Kedah berdasarkan momentum sokongan dan usaha mereka.

"Sebelum ini, saya kata 16 kerusi (tetapi) setakat semalam 17 kerusi, ia meningkat satu kerusi. Jadi hanya dua kerusi sahaja lagi untuk kita untuk mencapai majoriti mudah.

"Jadi saya harap mungkin sentuhan terakhir yang kita buat semalam dengan (program) Grand Finale di Naka, Hutan Kampung (dan) kemudian di Sungai Petani yang membabitkan Perdana Menteri akan memberikan mesej yang lebih jelas untuk pengundi-pengundi membuang undi," katanya.

Sebelum itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu dan isterinya bersama dua anak mereka, Mujaheed,39, dan Syahiida, 36, membuang undi di sekolah sama.

Kerusi DUN Alor Mengkudu menyaksikan pertembungan antara Mahfuz dan pemain bola sepak lagenda Hijau Kuning, Radhi Mat Din.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!