[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRN: PN mendahului di Kedah
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mendahului pada ketika ini di tiga kerusi bagi Kedah manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) satu kerusi setakat jam 8 malam proses pengundian undi pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, calon PN mendahului di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Hangat, Bukit Kayu Hitam dan Derga.
Manakala, PH-BN mendahului bagi kawasan DUN Kota Darul Aman.
Dalam pada itu, bagi calon PH, Teh Swee Leong sedang mencatatkan undian tinggi di DUN Kota Darul Aman.
Kedah mempunyai keseluruhan 36 DUN dan angka kiraan undi beberapa kerusi lain masih belum diperoleh setakat ini.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!