[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PN mendahului di Terengganu
Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, calon PN mendahului di 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Jertih, Kota Putra, Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Bukit Tunggal, Bukit Payung, Tepuh, Bulu Gading, Wakaf Mempelam, Ru Rendang, Ladang dan Kijal.
Manakalah, PH-BN mendahului bagi kawasan Hulu Besut, Ajil serta Bukit Besi.
Dalam pada itu, bagi calon BN, Nawi Mohamad sedang mencatatkan undian tinggi di DUN Kota Darul Aman.
Terengganu mempunyai keseluruhan 32 DUN dan angka kiraan undi beberapa kerusi lain masih belum diperoleh setakat ini.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!