[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] Sanusi mendahului dengan majoriti lebih 14,000
SIK - Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului dengan majoriti sebanyak 14,159 undi.
Menteri Besar Kedah itu memperoleh undi sebanyak 18,943 sehingga jam 8.45 malam.
Manakala pencabarnya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) memperoleh undi sebanyak 4,784.
Sementara itu, undi rosak dikenal pasti sebanyak 124 undi.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!