[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] 46 calon DAP peroleh undian tinggi

Tan Kok Yew
Tan Kok Yew
A
A
A
SHAH ALAM - DAP terus mendapat sokongan tinggi rakyat apabila 46 daripada 47 calon parti itu masing-masing sedang mendahului kiraan undi tidak rasmi dalam pilihan raya negeri (PRN) setakat jam 8.30 malam, Sabtu.

Seorang lagi calon DAP itu, Tan Kok Yew yang bertanding di kerusi Derga, Kedah sedang bersaing sengit di belakang calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Amri Wahab.

DAP bertanding di 19 kerusi DUN di Pulau Pinang diikuti Selangor (15), Negeri Sembilan (11) dan Kedah (2) manakala Kelantan dan Terengganu diwakili parti lain dari Kerajaan Perpaduan.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!