[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] Kon Yeow pertahan kerusi Padang Kota
GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 8.43 malam, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H'ng Khoon Leng dengan majoriti 7,116 undi.
Kon Yeow memperoleh 8,261 undi manakala lawannya H’ng mendapat 1,145 undi.
Ahli Parlimen Batu Kawan itu merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota sejak 2008.
Kon Yeow dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!