Pemimpin PN berkumpul di Hotel Concorde
SHAH ALAM - Pemimpin tertinggi dan calon Perikatan Nasioanal (PN) dijangka berkumpul di Hotel Concorde di sini bagi menantikan keputusan rasmi pilihan raya negeri (PRN).
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka hadir pada malam ini.
Setakat jam 9 malam, beberapa pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Naib Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi
Selain itu, turut kelihatan beberapa calon antaranya, DUN Kota Anggerik, Mohamed Sukri Omar dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya.
Petugas-petugas media berkumpul sejak jam 5 petang bagi mengikuti perkembangan terkini keputusan PRN.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!