[RASMI] Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lizan Che Mat pada jam 9.08 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang di sini malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 6,028 undi dalam pertembungan tiga penjuru mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan dan Zarawi Sulong (PKR). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!