Amirudin hampir pasti pertahan DUN Sungai Tua

Tangkap layar twitter milik Amirudin Shari pada Sabtu
Tangkap layar twitter milik Amirudin Shari pada Sabtu
A
A
A

SELAYANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka kekal mempertahakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua buat penggal keempat berturut-turut.

Amirudin menerusi kemas kini di Twitternya memberitahu beliau optimis untuk mengekalkan kemenangan tersebut.

"Alhamdulillah, berbaki 11 lagi peti undi belum dikira, Insya-ALLAH saya akan mengekalkan kerusi N16 DUN Sungai Tua.

"Saya ucap jutaan terima kasih kepada semua pengundi Sungai Tua. Saya akan memberi sepenuh khidmat kepada anda," katanya.

Amirudin telah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua sejak 2008 dan menang dengan majoriti 11,374 undi menewaskan N Rawisandran (BN), Ustaz Mad China (Pas) dan Badrol Acong (Bebas) pada penggal lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!