Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
MARANG - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu dikalahkan pencabarnya, Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,620.
Perkembangan itu dimaklumkan menerusi pengumuman rasmi oleh Pas Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini sebentar tadi.
Keputusan PRN hanya menyaksikan Ahmad Said memperoleh 9,552 undi manakala Razali menerima 13,172 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad kekal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandang sejak 1990 dengan majoriti 1,265 undi.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!