Kanak-kanak lemas mandi Sungai Perak

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian lemas melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jambatan Sultan Abdul Jalil, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar pada Sabtu. - Foto:Ihsan Bomba Perak

A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Perak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil, Persisiran Sayong di sini pada Sabtu.

Difahamkan mangsa, Muhammad Miqaell Qabillah Azhar, 11, mandi bersama seorang lagi rakannya di bawah jambatan berkenaan sekitar jam 5 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.46 petang.

"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian. Mangsa bagaimanapun dijumpai kira-kira 10 meter dari tebing sungai oleh penduduk yang menyelam di lokasi mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 7.55 petang.

Pegawai KKM yang berada di lokasi kejadian melakukan pemeriksaan awal sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia. Foto: Ihsan Bomba Perak
Pegawai KKM yang berada di lokasi kejadian melakukan pemeriksaan awal sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia. Foto: Ihsan Bomba Perak

"Mangsa berjaya dibawa naik dan pihak Kementerian Kesihatan yang ada di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 8.14 malam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!