PRN: PN kecewa peratus keluar mengundi rendah

Ahmad Faizal ketika tiba di Hotel Concorde, Shah Alam.
Ahmad Faizal ketika tiba di Hotel Concorde, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) kecewa dengan peratusan keluar mengundi yang begitu rendah dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun, PN setakat ini memperoleh keputusan yang baik di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

"Saya sangat gembira dengar rakan-rakan di kerusi yang ada masalah sebelum ini menang.

"Keputusan di Pulau Pinang setakat ini pun bagus cuma kita nak tengok juga keputusan keseluruhan di Selangor dan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan 'war room' PN di Hotel Concorde di sini.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu terdahulu tiba di 'war room' berkenaan kira-kira jam 9.30 malam untuk bersama-sama mengikuti keputusan rasmi PRN bersama pucuk pimpinan PN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi hanya 70 peratus dan ke bawah di enam negeri terbabit setakat jam 4 petang.

Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!