[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] Amzad mendahului dengan majoriti selesa

Ahmad Azmad
Ahmad Azmad
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului dengan majoriti lebih besar sekali gus bakal mengekalkan kemenangannya di kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 10.15 malam ini, bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu memperoleh majoriti sebanyak 43,718 undi.

Ahmad Azmad memperoleh sebanyak 63,736 undi undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Azan Ismail yang memperolehi 20,020.

Difahamkan sebanyak 210 peti undi daripada keseluruhan 223 peti undi telah selesai dikira di pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Terengganu di Wisma Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini.

Seramai 122,160 pengundi terlibat dalam proses pengundian di PRK Parlimen Kuala Terengganu melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran.

Sebelum ini, PRK Parlimen Kuala Terengganu terpaksa diadakan semula setelah Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen bagi Parlimen pada PRU15 lalu.

Ia susulan tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan PRU15 bagi parlimen tersebut di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad memperoleh majoriti 40,907 undi dengan keseluruhan 63,016 undi mengetepikan tiga lagi pencabarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) mendapat 10,946 undi; Datuk Mohd Zubir Embong dari Barisan Nasional (BN) dengan 22,109 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!