PH-BN makin hampir bentuk kerajaan di Selangor
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional mendahului Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dengan sebanyak 24 kerusi.
Perkembangan itu menjadikan gabungan tersebut semakin menghampiri jumlah majoriti mudah untuk membentuk kerajaan iaitu sekurang-kurangnya 28 daripada 56 kerusi.
Sementara, Perikatan Nasional (PN) pula memenangi di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Sebanyak 17 kerusi lagi masih belum mempunyai keputusan rasmi sehingga jam 11.20 malam.
Antara kejutan yang berlaku dalam keputusan yang telah diumumkan itu adalah kemenangan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di DUN Hulu Kelang.
Beliau telah berjaya menewaskan lawannya iaitu calon PH, Juwairiya Zulkifli dengan majoriti sebanyak 1,617.
Antara lain adalah, di DUN Gombak Setia yang dimenangai oleh PN iaitu Hilman Idham dengan majoriti 58 undi sahaja menewaskan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!