Guan Eng kekal ADUN Air Putih

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

GEORGE TOWN - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam ini, Guan Eng menang dengan majoriti 7,923 undi apabila mendapat 8,996 undi.

Beliau mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Kong Cheng Ann yang mendapat 1,073 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia, Teh Yee Cheu yang memperoleh 437 undi, pada pertandingan tiga penjuru itu.

Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan menyandang kerusi DUN Air Putih dari tahun 2008 hingga sekarang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!