Lebih RM11.29 juta kerugian babit penipuan pelaburan 'patuh syariah'

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 216 kes melibatkan kerugian lebih RM11.29 juta berkaitan penipuan pelaburan 'patuh syariah' dicatatkan sejak 1 Januari sehingga 11 Ogos.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati lebih ramai mangsa yang tampil membuat laporan polis berkaitan penipuan pelaburan ini.

"Sejumlah RM11,291,872.04 nilai kerugian dicatatkan mangsa yang terlibat dalam penipuan pelaburan ini.

"Kesemua kes yang dicatatkan ini sedang dijalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, usaha dan mengesan sekaligus menangkap mereka yang terlibat dalam sindiket ini sedang giat dijalankan.

"Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah terperdaya dengan promosi sindiket yang memaparkan gambar figura terkenal bagi menarik mangsa," katanya.

Menurutnya, semakan perlu dilakukan secara terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

"Lakukan semakan dengan agensi berkaitan dan dapatkan nasihat serta maklumat lanjut berkaitan skim pelaburan yang ingin disertai.

Artikel Berkaitan:

"Semakan boleh dilakukan antaranya National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, portal Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia dan pelbagai medium lain yang berkaitan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!