PH menang 29 kerusi di Selangor, catat undi majoriti lebih 50 peratus

Abdul Ghani mengumumkan keputusan terkini bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di ibu pejabat SPR malam Sabtu. - Foto Bernama
Abdul Ghani mengumumkan keputusan terkini bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di ibu pejabat SPR malam Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, keputusan itu berdasarkan jumlah keseluruhan pengundian setakat jam 11.31 malam.

“PH telah berjaya mencatatkan kemenangan sebanyak 29 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

“Bukan itu sahaja, parti ini juga berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, pada Sabtu.

Pada PRN enam negeri kali ini, seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 kerusi DUN.

Seramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi untuk pembentukan kerajaan negeri baharu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!