Azmin Ali menang di DUN Hulu Kelang
SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada Sabtu.
Ketua Penerangan PN itu mengalahkan pencabarnya dengan majoriti sebanyak 1,671 undi.
Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor memperoleh sebanyak 25,597 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas 'anak buahnya', Juwairiya Zulkifli mendapat 23,980 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohamed Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Namun dengan pertukaran kerusi ke Hulu Kelang itu, PN mengetengahkan peguam, Shasha Lyna Abdul Latif untuk mempertahankan DUN Bukit Antarabangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!