Jawatan Menteri Besar: Jalaluddin serah pada presiden parti

Jalaluddin ketika ditemui pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Sabtu.
Jalaluddin ketika ditemui pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyerahkan keputusan mengenai jawatan menteri besar kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan kelak bersama pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

"Bukan keputusan dan kuasa saya (pemilihan jawatan Menteri Besar). Kita serahkan kepada kepimpinan parti.

"Saya belum bertemu Datuk Seri Aminuddin Harun tetapi akan jumpa selepas bertemu wakil BN untuk urusan selanjutnya.

"Banyak kemungkinan akan berlaku tetapi saya serahkan segalanya kepada presiden dan ketua parti untuk buat keputusan. Saya ikut apa arahan presiden," katanya ketika ditemui di Wisma UMNO NS pada Sabtu.

Jalaluddin yang merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang terdahulu diumum menang menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Amirudin Hassan pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN menyaksikan semua pemimpin utama PH dan BN NS turut memenangi kerusi ditandingi.

Sebelum ini media melaporkan, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tidak wajar sekiranya Aminuddin yang juga Pengerusi PH NS dilantik semula ke jawatan itu sekiranya BN menang lebih kerusi berbanding PH.

Artikel Berkaitan:

BN menang di 14 daripada 17 kerusi yang ditandingi pada PRN kali ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!