[VIDEO] ADUN Kota Lama mahu main peranan 'semak dan imbang' di Kelantan

A
A
A

KOTA BHARU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Hafidzah Mustaqim membuat kejutan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama daripada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dan menyifatkan kemenangan itu memberikan peluang baginya memainkan peranan sebagai 'semak dan imbang' kepada kerajaan sedia ada.

Timbalan Ketua Wanita PH Kelantan itu menang dengan majoriti tipis 202 undi selepas memperoleh 9,691 undi menewaskan calon Pas, Datuk Zamri Ismail yang mendapat 9,489 undi, Tan Boon Kian daripada Parti Rakyat Malaysia (126) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (85 undi).

"Walaupun Kelantan didominasi parti Pas, kemenangan ini akan menjadi pencetus perubahan di negeri ini sekali gus menzahirkan hasrat rakyat khususnya di Kota Lama yang mahukan perubahan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, di sini pada Sabtu.

Dr Hafidzah menewaskan tiga calon lain semasa Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam Sabtu. - Foto Bernama
Dr Hafidzah menewaskan tiga calon lain semasa Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam Sabtu. - Foto Bernama

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Galas di Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim yang mewakili Barisan Nasional kekal mempertahankan kerusi berkenaan buat penggal kedua, melahirkan rasa syukur apabila diberi peluang sekali lagi berkhidmat di kawasan itu.

"Segala amanah ini akan digalas sebaik mungkin dan kita cuba jadikan DUN ini contoh terbaik kepada dua lagi kawasan di bawah Parlimen Gua Musang yang dimenangi PAS," katanya.

Pada PRN kali ini, gabungan Pas dan Bersatu menang besar apabila memperoleh 43 kerusi DUN daripada 45 kerusi yang dipertandingkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!