PRN: 24 calon wanita menang kerusi DUN

Calon Pakatan Harapan bagi DUN N09 Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (kanan) menewaskan tiga calon lain pada Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu pada malam, Sabtu. - Foto Bernama
Calon Pakatan Harapan bagi DUN N09 Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (kanan) menewaskan tiga calon lain pada Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu pada malam, Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 24 daripada 71 calon wanita yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi Pakatan Harapan (PH), 15 daripada 26 calon wanitanya menang kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan di lapan kerusi, daripada 19 calon wanita yang dipertaruhkan.

Membuat penampilan pertama, calon PH di kerusi DUN Sungai Puyu di Pulau Pinang, Phee Syn Tze merupakan antara yang menyerlah selepas menang dengan majoriti 21,330, setelah memperoleh 23,838 undi menewaskan calon PN Andrew Teow yang mendapat 2,508 undi.

Seorang lagi calon yang membuat penampilan pertama Nurul Syazwani Noh, 35, mewakili PN, menang di DUN Permatang, Selangor dengan majoriti 1,728 undi.

Anak bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar itu meraih 12,850 undi menewaskan Mohd Yahya Mat Sahri (PH) yang memperolehi 11,122 undi.

Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan 12 calon wanita, namun hanya menang di kerusi DUN Juasseh, Negeri Sembilan menerusi Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dengan majoriti tipis 78 majoriti menewaskan Datuk Eddin Syazlee Shith (PN).

Dalam pada itu, 10 calon wanita diketengahkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), dua calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta masing-masing seorang calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas, gagal meraih sebarang kerusi DUN. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!