'Tiada pembangkang, rakyat boleh kritik kerajaan' - Abdul Hadi

Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada malam, Sabtu.
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada malam, Sabtu.
A
A
A

MARANG - [DIKEMAS KINI] Pas menggalakkan budaya nasihat-menasihati termasuk rakyat boleh mengkritik kerajaan bagi memastikan berlaku semak dan imbang.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penggal ini.

"Ahli-ahli DUN boleh nasihati kerajaan. Kita akan galakkan budaya menasihati termasuk rakyat mengkritik kerajaan.

"Semua orang boleh kritik kerajaan termasuk orang dalam kerajaan sendiri. Rakyat juga boleh sampaikan apa-apa pandangan mereka menerusi saluran yang rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan pilihan raya negeri (PRN) oleh Pas Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini pada malam, Sabtu.

Pada Sabtu, PN yang terdiri daripada Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kekal sebagai kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Terengganu buat pertama kalinya menyaksikan kesemua 32 kerusi dimenangi PN yang bertanding menggunakan logo Pas, sekali gus menyaksikan tiada pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

PN juga menang besar di Kelantan apabila memperoleh 43 daripada 45 kerusi dan di Kedah gabungan itu memenangi 33 daripada 36 kerusi.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, perkara itu boleh dilaksanakan meskipun Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam DUN.

Artikel Berkaitan:

"Kita orang Islam percaya kerajaan sempurna daripada ALLAH. Kerajaan ditadbir manusia ini ada kekurangan.

"Kekurangan ditampung oleh pimpinan secara kolektif bukan Menteri Besar sahaja malah melibatkan Exco dan wakil rakyat.

"Keduanya melalui sikap terbuka kerajaan terhadap kritikan-kritikan daripada semua pihak," jelas beliau.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Pertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang

PN sapu bersih 32 kerusi DUN, satu Parlimen di Terengganu

PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang

PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi tertinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!