Terengganu catat peratusan keluar mengundi paling tinggi - SPR

Para pengundi hadir untuk menjalankan tanggungjawab dengan mengundi pada PRK Parlimen Kuala Terengganu dan PRN di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Durian Burung pada Sabtu. - Foto Bernama
Para pengundi hadir untuk menjalankan tanggungjawab dengan mengundi pada PRK Parlimen Kuala Terengganu dan PRN di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Durian Burung pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi berbanding lima negeri yang melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) semalam iaitu sebanyak 74.79 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, Kedah mencatatkan peratusan pengundian sebanyak 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus.

"Jumlah peratusan pengundian meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut diadakan serentak dengan PRN di enam negeri itu adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang mencatatkan peratusan pengundian sebanyak 73.34 peratus, katanya.

Abdul Ghani memaklumkan bagi PRN Terengganu, Pas menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Di Kedah, Perikatan Nasional (PN) menawan 33 kerusi daripada 36 kerusi dipertandingkan dan Pakatan Harapan (PH) mendapat tiga kerus manakala di Kelantan, Pas menawan 43 kerusi DUN daripada 45 kerusi, Barisan Nasional (BN) dan PH masing-masing mendapat satu kerusi.

Di Pulau Pinang, PH menang 27 kerusi DUN daripada 40 kerusi manakala di Selangor, PH memenangi 32 kerusi daripada 56 kerusi, PN menang 22 kerusi dan BN mendapat dua kerusi.

Di Negeri Sembilan, PH menang 17 kerusi daripada 36 kerusi, BN mendapat 14 kerusi dan PN mendapat lima kerusi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, PRK Parlimen Kuala Terengganu pula PAS menawan semula kerusi itu dengan calonnya Datuk Ahmad Amzad Hashim mengekalkan kemenangan dengan mengalahkan calon PH Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!