Impian trofi sulung Kane musnah

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

IMPIAN pemain sensasi, Harry Kane yang baru berhijrah dari Tottenham Spur untuk meraih trofi pertama bersama pasukan baharu, Bayern Munich tidak kesampaian.

Bayern kalah 0-3 kepada RB Leipzig dalam saingan merebut Piala Super Jerman awal pagi Ahad.

Dani Olmo cemerlang dalam aksi tu apabila menyumbat hatrik di Munich ketika impian Kane untuk merangkul piala utama pertamanya musnah.

Kane masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64 ketika Bayern sudah ketinggalan 0-2 dengan Olmo melengkapkan hatriknya tidak lama kemudian.

Nasib malamg yang menimpa kapten England itu mendapat simpati jurulatih Bayern, Thomas Tuchel.

"Saya minta maaf kepada Harry (Kane), dia mungkin fikir kami sudah empat minggu tidak berlatih," katanya.

Malah Tuchel juga mengakui dia kehabisan kata-kata susulan prestasi hambar juara Jerman itu.

"Ia menakutkan, tidak dapat dijelaskan. Situasi sama berlaku musim lalu dan jelas kami beraksi hambar lagi kali ini," ujar Tuchel.

Artikel Berkaitan:

Kane menyertai Bayern dari Spurs dengan nilai perpindahan berjumlah 100 juta euro (RM503.3 juta).

Kane yang diberi nombor sembilan ditinggalkan Robert Lewandowski, sebelum ini menyatakan di media sosial bahawa dia tidak sabar untuk beraksi selepas turun pada sesi latihan pertamanya bersama Bayern.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!