Bisa Bellingham bersama Real Madrid
DEBUT pemain muda, Jude Bellingham bersama pasukan baharu, Real Madrid membuahkan hasil positif apabila membantu The Galacticos menewaskan Athletic Bilbao 2-0 pada Ahad.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti meraih kemenangan di San Mames bagi memulakan kempen La Liga dengan Rodrygo meledak gol pembukaan.
Tanpa pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema yang berhijrah ke Arab Saudi menyertai Al Ittihad seakan tidak dirasai oleh Madrid.
The Galacticos juga masih dikaitkan dengan perpindahan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Gandingan Brazil, Vinicius Junior dan Rodrygo membentuk trio mantap dengan Bellingham yang bertindak sebagai penyerang utama.
Ancelotti yang akan membimbing skuad kebangsaan Brazil pada penghujung kempen kali ini turut menurunkan pertahanannya, Fran Garcia yang kembali dari Rayo Vallecano.
Dalam aksi itu, Madrid mendahului perlawanan di pertengahan babak pertama apabila Rodrygo menyempurnakan hantaran Dani Carvajal untuk menewaskan penjaga gol, Unai Simon.
Bellingham kemudian mengesahkan kemenangan Madrid setelah merembat bola sepakan sudut David Alaba ke gawang Bilbao.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!