PRN: Razali 'giant killer' tewaskan Ahmad Said

Ahmad Said gagal mempertahankan DUN Kijal selapas tewas kepada Razali (kanan).
Ahmad Said gagal mempertahankan DUN Kijal selapas tewas kepada Razali (kanan).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuktikan gabungan itu semakin kuat.

Bukan itu sahaja, calon-calon yang mewakili gabungan berkenaan juga berjaya menewaskan pencabar masing- masing dengan majoriti lebih besar.

Kegagalan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal juga merupakan antara keputusan mengejutkan.

Ahmad yang bergelar wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990 tewas kepada pencabarnya, Datuk Razali Idris yang juga calon 'import' dengan majoriti 3,758 undi.

Razali yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu berjaya memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad mendapat 9,645 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Ahmad berjaya mempertahankan kerusi berkenaan dengan jumlah undi sebanyak 9,545.

Hazri Jusoh yang mewakili Pas memperoleh 8,280 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok hilang deposit dengan 1,472 undian.

Sementara itu, seorang lagi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman juga turut tewas kepada pesaingnya, Khazan Che Mat dengan majoriti 2, 797 undi.

Artikel Berkaitan:

Khazan yang juga Ketua Bersatu Kuala Nerus memperoleh 12, 156 undi, manakala Ahmad Razif mendapat 9, 359 undi.

Pada PRU14 lalu, Ahmad Razif berjaya mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir dengan majoriti 1,884 dalam pertembungan tiga penjuru.

Beliau mendapat 9,340 undi, manakala Mohd Fazil Wahab yang mewakili Pas memperoleh 7,456 undi dan Abu Bakar Abdullah daripada PKR hilang deposit selepas mampu meraih 939 undi.

Kekalahan kedua- dua bekas menteri itu turut menyaksikan 'keunikan' tersendiri apabila mereka tewas kepada calon bukan anak tempatan.

Malah, Razali dan Khazan juga merupakan bekas pemimpin UMNO Terengganu sebelum membuat keputusan menyertai Bersatu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Pertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang

PN sapu bersih 32 kerusi DUN, satu Parlimen di Terengganu

PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang

PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi tertinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!