Ahmad Razif yakin UMNO akan pulih

Ahmad Razif
Ahmad Razif
A
A
A

KUALA NERUS - Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman yakin parti itu akan melalui proses pemulihan selepas gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada Sabtu.

Menurutnya, sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu, UMNO tidak akan terkubur, sebaliknya kekal di hati rakyat.

"Saya yakin, bahawa ini adalah ujian yang akan memberikan lebih semangat kepada saya dan ahli UMNO untuk memperkukuhkan parti.

"Insya-ALLAH UMNO akan melalui proses pemulihannya dan setiap yang berlaku adalah satu pengajaran berguna kepada kita semua.

"Kepada semua, teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara," katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Keputusan PRN menyaksikan Ahmad Razif gagal mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tiga penggal lalu selepas tewas kepada pencabarnya, Khazan Che Mat dengan majoriti 2,797 undi.

Khazan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 12,156 undi, manakala Ahmad Razif mendapat 9,359 undi.

Sementara itu, Ahmad Razif yang juga bekas Menteri Besar dalam hantaran sama turut mengakui menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.

Artikel Berkaitan:

"Kalah atau menang adalah proses biasa dalam sistem demokrasi dan saya menghormati kehendak dan pendirian pengundi di DUN Seberang Takir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Razali 'giant killer' tewaskan Ahmad Said

PRN: Pertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang

PN sapu bersih 32 kerusi DUN, satu Parlimen di Terengganu

PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang

PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi tertinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!