Lelaki ditemui lemas ketika memancing berhampiran sangkar ikan

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan dekat sini pada Ahad.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Azmi Tahar berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Azali Mohd Azrin, 28, ditemui kira-kira 4.8 kilometer dari tempat dia terjatuh pada jam 4.14 petang.

"Kita terima panggilan kecemasan pada jam 11.42 pagi menyatakan ada seorang lelaki terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing. Anggota daripada BBP Batu Kawan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Butterworth telah bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita menjalankan kerja-kerja cari lamat dengan kaedah 'Water Surface Searching' di kawasan mangsa dipercayai terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.23 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!