PSM senarai 15 pemain ke program Sukan Asia 2022

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyenaraikan 15 daripada 25 pemain ke Program Sukan Asia 2022 sebagai persediaan mengharungi temasya dwitahunan itu di Hangzhou, China pada September ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, pemilihan pemain tersebut dinilai barisan kejurulatihan sepak takraw kebangsaan berdasarkan prestasi semasa di Sukan SEA 2023, Liga Sepak Takraw (STL) 2022/23 dan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai 2023.

"Kesemua pemain ini pada masa sama akan bertolak ke Ratchaburi, Thailand untuk berlatih di sana selain turut serta dalam Kejohanan Piala Pattaya sebagai persiapan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. - Bernama

Berikut senarai 15 pemain dipilih menyertai Program Sukan Asia 2022:

TEKONG

Bil Nama Negeri

1 Mohammad Syahir Mohd Rosdi Kuala Lumpur

2 Muhammd Zarif Marican Ibrahim Marican Pulau Pinang

Artikel Berkaitan:

3 Muhammad Haziq Hairul Nizam Negeri Sembilan

4 Meor Mohamad Zulfikar Mat Perak

5 Muhammad Hairul Hazizi Haidzir ATM



APIT KANAN

1 Muhammad Noraizat Mohd Nordin Perak

2 Muhammad Afifuddin Mohd Razali ATM

3 Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar Kuala Lumpur

4 Muhammad Shahalril Aiman Halim PDRM

5 Mohamad Azlan Alias Pulau Pinang



APIT KIRI

1 Amirul Zazwan Amir Kuala Lumpur

2 Mohd Muqlis Borhan Terengganu

3 Aidil Aiman Azwawi Perak

4 Muhammad Zaim Razali Pulau Pinang

5 Farhan Adam Johor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!