Calon Menteri Besar Kelantan sudah dimuktamadkan - Ahmad

Ahmad - Foto Bernama
Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan sudah memuktamadkan senarai nama calon Menteri Besar yang akan dipersembahkan kepada pihak Istana Negeri pada esok (Isnin).

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata, senarai nama tersebut sudah mendapat persetujuan daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

"Soal nama itu tidak penting, yang penting kita hantar untuk mendapat perkenan daripada Tuanku (Sultan Muhammad V) untuk memilih calon Menteri Besar Kelantan.

"Insya-ALLAH, majlis angkat sumpah akan berlangsung pada Selasa ini, jam 3 petang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:

Teka-teki Menteri Besar baharu Kelantan

PRN: MB Kelantan baharu 15 Ogos ini

MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!