Selangor elak ulangi 'skrip' bolos awal

Selangor FC terpaksa mengetepikan khidmat Safuwan susulan masih menjalani penggantungan perlawanan - Foto: FB Selangor FC
Selangor FC terpaksa mengetepikan khidmat Safuwan susulan masih menjalani penggantungan perlawanan - Foto: FB Selangor FC
A
A
A

PEMAIN Selangor FC diingatkan untuk mengelak mengulangi insiden bolos awal apabila menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Isnin.

Biarpun meraih dua kemenangan menentang anak buah K Devan itu sebelum ini, pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya lebih fokus dan meningkatkan tahap berdisiplin.

“Ya, kita mempunyai rekod baik dua perlawanan menentang Negeri Sembilan, namun para pemain perlu elak bolos awal seperti yang berlaku dalam perlawanan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

“Apabila bolos awal, kita perlu bekerja lebih keras lagi untuk memastikan pasukan bangkit meraih kemenangan. Kita tidak boleh menganggap setiap kali bolos awal, pasukan akan bangkit mencipta kemenangan kerana bola sepak segala berkemungkinan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sebagai rekod, Selangor berdepan Negeri Sembilan sebanyak dua kali dalam saingan Liga Malaysia musim ini dengan keputusan memihak Selangor - menang 2-1 aksi Liga Super di Petaling Jaya pada 5 April lalu, diikuti 3-1 saingan Piala FA di Paroi (27 Mei).

Dalam pada itu, Cheng Hoe mengesahkan bahawa dua tonggak Selangor, Safuwan Baharudin dan R Ruventhiran tidak dapat diturunkan akibat menjalani penggantungan perlawanan.

Pada masa sama, Cheng Hoe memaklumkan dua tonggak import Noor Al-Rawabdeh dan Alex Agyarkwa akan disisihkan kerana belum pulih kecederaan.

“Brendan Gan baru menyertai latihan semalam juga mengalami kecederaan buku lali. Manakala Zikri Khalili juga mengalami kecederaan buku lali,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!