Pochettino tetap lega biarpun seri
JURULATIH Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui lega keputusan terikat 1-1 dengan Liverpool pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai permulaan yang baik.
Biarpun The Blues sepatutnya mencatat kemenangan, namun satu mata adalah sesuatu yang positif buat pasukan.
“Kami gembira tetapi pada masa sama kecewa kerana kami mahu menang dan berhak memenanginya, namun ini hanyalah permulaan.
“Kami membina cara kerja yang sangat baik dan ia amat penting. Ia tentang kepercayaan dan kerja serta mempercayai satu sama lain. Hubungan dari hari pertama sangat menakjubkan,” katanya.
Dalam aksi di Stamford Bridge itu, Axel Disasi meledak gol pertamanya pada penampilan sulung untuk Chelsea untuk menyamakan kedudukan selepas jaringan Luis Diaz.
“Penyokong sentiasa bersama kami. Walaupun dalam keadaan sukar mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa mempercayai pasukan. Pasukan dapat merasakan tenaga daripada penyokong.
“Ia sukar di awal permainan tetapi kami mula mendapat rentak dan menguasai permainan serta menekan Liverpool. Secara keseluruhan saya berpuas hati,” ujar Pochettino.
Pochettino dilantik sebagai jurulatih Chelsea pada musim panas ini, selepas beberapa kali kelab itu bertukar jurulatih dalam tempoh setahun.
Ia adalah kepulangan pertamanya ke kancah EPL sejak berpisah dengan Tottenham Hotspur pada tahun 2019.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!