Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

A
A
A

ALOR SETAR - Pelantikan anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dilakukan dalam minggu ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) akan dilantik menganggotai barisan Exco dari pelbagai latar belakang.

Menurutnya, gandingan muka lama dan baharu dijangka membarisi kabinet Kedah dan akan diumumkan sejurus mendapat persetujuan kalangan parti gabungan PN.

“Mesyuarat berkaitan pemilihan Exco diadakan petang ini, parti yang akan menentukan jumlah yang mewakili setiap parti dalam komponen PN.

“Setiap parti akan mencadangkan nama dan saya akan lihat senarai tersebut untuk dimuktamadkan, kerana Exco yang dilantik perlu miliki keupayaan khusus untuk menjayakan pelan Kedah 2035,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada Isnin.

Muhammad Sanusi - Foto SINAR HARIAN/NURUL HIDAYAH HAMID
Muhammad Sanusi - Foto SINAR HARIAN/NURUL HIDAYAH HAMID

Pengerusi PN Kedah itu tegaskan, gandingan Exco lama dan baharu diyakini mampu memantapkan lagi pentadbiran kerana is perlu disesuaikan mengikut keperluan semasa.

“Kita campurlah muka lama dan baharu, sebab ada yang sudah biasa dalam pentadbiran (sebagai rujukan). Lantikan akan dibuat secepat mungkin dalam minggu ini juga.

Artikel Berkaitan:

“Jumlah Exco kekal 10 campur dengan saya 11 portfolio, kemungkinan ada (rombakan portfolio) untuk penyesuaian mengikut keperluan semasa,” jelasnya.

Muhammad Sanusi mengakui agak sukar untuk beliau membuat pilihan daripada 33 ADUN sedia ada memandangkan kesemua wakil rakyat memiliki kepakaran masing-masing.

“ADUN yang ada mempunyai latar belakang pelbagai, pendidikan yang tinggi selain pakar dalam bidang masing-masing seperti sukan dan sebagainya.

“Susah (nak pilih) semua ada kelayakan masing-masing. Kita tengok yang paling baik lah. Kalau sukar sangat, kita buat lidi, siapa cabut dapat panjang dia yang dapat sebab semua ADUN layak, itu gurau sajalah,” katanya disambut gelak ketawa media yang hadir.

Tegas beliau, pemilihan akan dilakukan sebaik mungkin agar barisan Exco berupaya menterjemahkan pelan Kedah 2035 dalam tempoh lima tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

'Saya maafkan semua termasuk Saifuddin' - Sanusi

Sanusi beri jaminan ADUN PN tidak akan terpalit rasuah

Sanusi selesai angkat sumpah Menteri Besar Kedah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!