Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Muhammad Sanusi pada sidang media, yang turut dihadiri isteri dan kedua ibu bapa beliau di Wisma Darul Aman. - Foto Sinar Harian NURUL HIDAYAH HAMID
Muhammad Sanusi pada sidang media, yang turut dihadiri isteri dan kedua ibu bapa beliau di Wisma Darul Aman. - Foto Sinar Harian NURUL HIDAYAH HAMID
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri tidak akan mendiskriminasikan bukan Melayu di negeri ini biarpun majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi wakil rakyat Melayu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, suara bukan Melayu boleh disalurkan kepada ADUN Kulim, Wong Chia Zhen dari parti Gerakan yang menjadi satu-satunya wakil rakyat bukan Melayu dalam kerajaan negeri.

Menurutnya, pandangan bukan Melayu juga boleh disalurkan melalui pegawai-pegawai khas Menteri Besar yang mewakili setiap kaum di negeri ini.

“Kita ada wakil dari Gerakan untuk lihat perkara-perkara berkaitan bukan Melayu. ADUN Kulim boleh menyertai kerajaan untuk mewakili bukan Melayu.

“Kita ada pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar mewakili masyarakat India, Cina dan juga Siam. Saya tak ada masalah untuk beri khidmat kepada bukan Melayu, tidak ada diskriminasi atau pilih kasih,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada Isnin

Pilihan raya negeri (PRN) di Kedah menyaksikan PN membolot 33 kerusi DUN, dengan Pas sebanyak 21 kerusi, diikuti Bersatu (11) dan satu kerusi tunggal milik Gerakan.

Pakatan Harapan (PH) menang tiga kerusi diwakili dua dari PKR di DUN Bakar Arang dan Sidam sementara satu milik DAP di Kota Darul Aman.

Mengulas sama ada kerusi tunggal Gerakan dimenangi berdasarkan sentimen anti-Melayu di DUN berkenaan, Pengerusi PN Kedah itu menolak andaian tersebut selain menyifatkan ia disumbangkan oleh gelombang PN.

Artikel Berkaitan:

“Semua orang nak pada PN di Kedah ni. Bukan semua pengundi Melayu di Kedah, kita miliki 26 peratus bukan Melayu. Saya tak tahu mereka undi siapa namun saya akan bersikap adil kepada semua orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menafikan kenyataan sebuah laporan yang mendakwa beliau mempelawa tiga ADUN pembangkang untuk menyertai kerajaan negeri.

“Semalam saya ditunjukkan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, dakwa saya jemput pembangkang sertai PN. Ingin saya tegaskan, saya tak ada buat jemputan seperti itu,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

'Saya maafkan semua termasuk Saifuddin' - Sanusi

Sanusi beri jaminan ADUN PN tidak akan terpalit rasuah

Sanusi selesai angkat sumpah Menteri Besar Kedah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!