Belum ada jawapan siapa MB Terengganu

Belum ada jawapan pasti siapa calon yang akan dilantik untuk menggalas tugas sebagai Menteri Besar. - Gambar hiasan
Belum ada jawapan pasti siapa calon yang akan dilantik untuk menggalas tugas sebagai Menteri Besar. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu belum ada jawapan pasti siapa calon yang akan dilantik untuk menggalas tugas sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, desas-desus kuat kedengaran bahawa penyandang jawatan nombor satu negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan dikekalkan bagi menjawat jawatan itu pada penggal ini.

Menurut perkongsian ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukhairi Wan Abdullah, Pas telah berbincang untuk mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Katanya, ia bagi mendapat perkenan sekali gus membolehkan pelantikan Menteri Besar Terengganu dibuat bagi membentuk kerajaan negeri.

"Ramai yang tanya bila akan dibentuk kerajaan negeri Terengganu.

"Pas telah adakan perbincangan untuk mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada tuanku sultan bagi mendapat perkenan pelantikan YAB Menteri Besar negeri Terengganu untuk pembentukan kerajaan negeri," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Menurutnya, proses pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) akan dilakukan selepas selesai proses pembentukan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, setakat ini, pihak media belum mendapat sebarang perkembangan dari Istana Terengganu berhubung Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan dalam kenyataan berkata, Pas mengekalkan kepimpinan sedia (Ahmad Samsuri) sebagai Menteri Besar.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!