Sanusi akui populariti, kontroversi antara penyumbang PN menang besar

Muhammad Sanusi (kiri) bersama isteri (kanan) dan ibu bapa beliau ketika tiba di pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman pada Isnin.
Muhammad Sanusi (kiri) bersama isteri (kanan) dan ibu bapa beliau ketika tiba di pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui populariti dan kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya menjadi antara penyumbang kepada kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Kedah.

Beliau berkata, kedua-dua elemen tersebut disumbangkan oleh pengundi muda dan generasi baharu di media sosial yang mengikuti perkembangan politik berkaitan dirinya.

Menurutnya, dua faktor tersebut dipercayai berjaya meraih undi golongan muda termasuk yang pertama kali mengundi selain faktor calon, gelombang PN serta apa yang rakyat mahukan.

“Saya rasa betul apa yang dikatakan itu, ia benar.

Saya rasa (disumbangkan) juga oleh pengundi muda selain orang tua.

Sudah ramai yang ada akaun TikTok, bapa dan mak saya pun ada TikTok mereka pun tengok.

“Ada TikTok senang tengok kan, kalau tak suka paparan yang keluar, tak mahu tengok scroll sahaja, berapa peratus (sumbangan) saya tak tahu lah,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada Isnin.

Pengerusi PN Kedah itu berkata, kemenangan PN di Kedah juga disumbangkan oleh sokongan rakyat yang memahami hala tuju kepimpinan negeri serta prestasi ditunjukkan sepanjang mentadbir selain tidak menolak kemungkinan sentimen Melayu yang menebal di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

“Rakyat faham apa yang kita bawa dan mereka boleh terima.

Bila orang faham orang ikut lah,” ujarnya.

Menurutnya, ia juga merupakan referendum oleh rakyat terhadap agenda negeri yang dipimpin PN.

“Sekarang dapat sokongan sepenuhnya dan beri kita kemenangan.

Saya perhatikan kawasan yang PN tak menang itu adalah tempat-tempat berasaskan kaum bermakna pengundi memilih berdasarkan kaum, bukan parti.

“Perkara ini perlu diperhalusi, memanglah parti ditubuhkan berdasarkan kaum.

Namun ketika mengundi tengoklah keupayaan, jangan sekadar sentimen kaum.

Banyak faktor lain perlu dipertimbangkan,” jelasnya.

Sanusi berkata, parti pembangkang juga membuat penilaian sewajarnya dalam pemilihan kawasan untuk ditandingi bagi mengelak mereka tewas teruk.

“DAP pun tak bertanding di tempat-tempat yang mereka tak boleh menang.

Mereka tak letak calon DAP di kawasan majoriti Melayu,” ujarnya.

Menurutnya, faktor kemenangan besar di negeri ini disumbangkan pelbagai faktor sama ada secara langsung atau tidak.

“Yang tu kena tanya pengundi, saya tak tahu,” katanya apabila ditanya sama ada aura beliau antara faktor penyumbang kemenangan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN:

Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

'Saya maafkan semua termasuk Saifuddin' - Sanusi

Sanusi beri jaminan ADUN PN tidak akan terpalit rasuah

Sanusi selesai angkat sumpah Menteri Besar Kedah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!