Menang Kota Lama, Amanah jawab tohmahan
BERITA SEMASA 14 OGOS 2023
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Samad menegaskan kemenangan Dr Hafidzah Mustakim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada pilihan raya negeri (PRN) ini menjawab tohmahan dilemparkan ke atas pihaknya yang menuduh parti itu sebagai pengkhianat Islam dan keldai DAP.
Beliau berkata, tidak kesemua rakyat di negeri ini, minda dan pemikiran mereka dibelenggu dengan dakyah 'wajib pilih Pas kalau tidak tolak Islam'.
Jelasnya, kesanggupan rakyat menerima calon Amanah mewakili Pakatan Harapan (PH) kali ini menunjukkan semakin ramai faham soal pilihan raya adalah tentang kita hendak serah amanah, pentadbiran kepada yang layak.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DUNKotaLama #PH