Chelsea pinjamkan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga ke Real Madrid

Kepa akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid pada petang Selasa - Foto: AFP
Kepa akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid pada petang Selasa - Foto: AFP
A
A
A

PENJAGA gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 28 tahun itu, yang menyertai The Blues dengan nilai £71.6 juta (AS$90.7 juta) daripada Athletic Bilbao pada Ogos 2018, menandatangani kontrak di Bernabeu sehingga Jun tahun hadapan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Real memerlukan penjaga gol baharu selepas Thibaut Courtois diketepikan untuk majoriti musim ini kerana kecederaan ACL.

Kenyataan di laman web rasmi Real berkata: "Real Madrid CF dan Chelsea FC telah bersetuju untuk meminjam pemain Kepa Arrizabalaga, yang dikaitkan dengan kelab musim ini, sehingga 30 Jun 2024.

"Dalam penampilan lima musimnya di Chelsea, beliau telah memenangi satu Liga Juara-Juara, satu Piala Dunia Kelab dan satu Liga Europa.”

Kepa akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid pada petang Selasa.

Kepulangannya ke Sepanyol berikutan ketibaan rakan senegara Robert Sanchez berusia 25 tahun di Stamford Bridge dari Brighton.

Satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu berkata: "Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan pinjaman sepanjang musim ke kelab La Liga, Real Madrid.

Artikel Berkaitan:

"Kelab mengucapkan selamat maju jaya untuk musim hadapan di Madrid, di mana beliau akan bekerjasama dengan bekas ketua jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti.” - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!